Monday, June 21, 2010

INFO SEMASA : LARANGAN MELAYARI LAMAN WEB HPA

Salam...

Semua pihak dipohon supaya tidak melayari laman web rasmi hpa (www.hpa.com.my) berkuatkuasa mulai hari ini sehingga diberitahu kelak. Larangan ini disebabkan laman rasmi hpa telah diserang virus.
Harap maklum.

Terima kasih.

Posted by marketing.Hq

Tuesday, June 15, 2010

PROGRAM DIAGNOSA HERBALIS



Program diagnosa kembali lagi kali ini. Mari bersama-sama berganding bahu tanda kebersamaan kita.

Monday, June 14, 2010

KURSUS REFLEKSOLOGI LANJUTAN HERBALIS


Syukur alhamdulillah kursus refleksologi kali ini yang dianjurkan oleh unit herbalis pada 8 & 9hb Jun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada herbalis. Seramai 14 orang yang mendaftar termasuk herbalis daripada johor. Untuk kelas lanjutan refleksologi kali ini, kami didedahkan mengenali sistem rangka, otot dan saraf yang mana di bawah sistem saraf ini kami diberi penerangan berkenaan otak dan juga tulang belakang secara terperinci.

Alhamdulillah hasil daripada pendedahan ini herbalis dapat menghafal tulang belakang yang terdiri daripada 26 vetebrata (tulang). Kerjasama yang menggalakan daripada peserta turut menjayakan program ini berjalan dengan lebih lancar dan mudah difahami.


Penceramah merangkap herbalis En Hisham Rabat telah memberi teori pada hari yang pertama yang mana herbalis diberi penjelasan secara terperinci fungsi dan pengenalan sistem tubuh bagi memberikan kefahaman yang lebih kepada herbalis sewaktu praktikal pada hari yang berikutnya.




Sessi praktikal bermula. Herbalis muslimat dan muslimin dibahagikan kepada dua kumpulan.




Kelas berakhir jam 4 petang, setelah seluruh bahagian yang diterangkan difahami oleh peserta sepenuhnya. InsyaALLAH herbalis yang hadir, dapat mempraktikkan sepenuhnya pembelajaran yang diajar dan dapat berkongsi dengan herbalis-herbalis lain.




Tuesday, June 1, 2010

KURSUS PRA HERBALIS JULAI 2010


Peringatan : Pendaftaran melalui walk in dan telefon TIDAK DITERIMA. Hanya pendaftaran beserta bayaran sahaja akan disenaraikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...