Wednesday, March 30, 2011

Masalah Makanan

Ibnu-Qayyim berkata, "Barangsiapa memperhatikan makanan Nabi S.A.W dan apa yang baginda makan, tentu akan mendapatkan bahawa baginda tidak pernah memadukan antara :


1. Susu dengan ikan


2. Susu dengan makanan yang masam


3. Susu dengan telur


4. Susu dengan daging


5. Dua jenis makanan yang sama-sama panas


6. Dua jenis makanan yang sama-sama dingin


7. Dua jenis makanan yang sama-sama lengket


8. Dua jenis makanan yang sama-sama mudah mengerut


9. Dua jenis makanan yang sama-sana keras


10. Dua jenis makanan yang sama-sama lembik


11. Dua jenis makanan yang berbeza, keras dengan lembik


12. Dua jenis makanan yang berbeza, yang mudah dicerna dan sukar dicerna


13. Makanan yang dipanggang dengan yang direbus


14. Daging yang segar dengan daging yang dibuat dendeng


Baginda juga tidak menyantap makanan pada saat cuaca sangat panas, tidak menyantap makanan yang dimasak dua kali, dan basi lalu dihangatkan kembali untuk esok hari, tidak menyantap makanan yang busuk atau basi dan sangat masin, seperti makanan yang direndam dengan garam (jeruk) dan makanan yang direndam cuka. Semua itu kurang bagus dan dapat mengganggu kesihatan serta menurunkan kecergasan tubuh.

**Sumber : Pengubatan dan penyembuhan menurut wahyu Nabi S.A.W

Monday, March 28, 2011

Susu Dan Produk Tenusu



Menurut Muslim, Abu Hurairah berkata, '....Nabi Muhammad S.A.W menyuruh supaya susu kambing dibawa kepada baginda dan selepas dibawa, baginda minum segelas daripadanya. Kemudian apabila baginda diberikan gelas yang kedua baginda tidak menghabiskannya dan berkata, "Orang Islam minum dengan satu perut, sedangkan orang kafir minum dengan tujuh perut".'


Susu dan produk tenusu atau dairy products, mengandungi banyak lemak tepu. Oleh itu, pengambilannya perlu dihadkan. Namun produk-produk ini ada kepentingannya kerana ia mengandungi kalsium, vitamin B12, B2, A dan D. Cara yang terbaik adalah memilih susu yang mempunyai kadar lemak yang rendah supaya khasiatnya dapat dimanfaatkan.



**Sumber : Buku perubatan islam dan sains moden

Friday, March 18, 2011

Membahagikan Perut Pada 3 Bahagian Iaitu Makanan, Air Dan Udara







Seharusnya para pesakit mengetahui bahawa mereka telah melebihi batas di dalam mengisi perut mereka, mereka lupa sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

'Tiadalah suatu tempat yang dipenuhi Bani Adam lebih buruk dari perutnya, padahal yang diperlukan oleh Bani Adam sebatas penyangga tulang rusuknya, kalau harus memenuhinya maka sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya'

Kebiasaan para pesakit atau penderita mendapatkan makanan dengan sekaligus pada sewaktu makan tengahari atau makan malam, mereka lupa bahawa akibat makan yang terlalu banyak itu mejadikan usus besar mereka tidak mampu lagi untuk mencernakannya. Akibatnya jumlah makanan yang tidak dapat dicernakan oleh usus besar bercerai berai dan bercampur dengan bakteria dan akan mengeluarkan lemak asam dan gas (angin).

Maksud Firman ALLAH SWT :

'Makanlah, minumlah, dan jangan berlebih-lebihan...' (Al-A'raf 31)

HERBALIS KPA DIMINTA HADIR

Taklimat ESP - REAL BUSINESS di HPAIC
Moto – Kecukupan Produk Halal Di Pasaran Tanggungjawab Bersama.

GM En Mohamad Faisol Abdul Rahman akan menyampaikan suatu taklimat berkenaan Program Ekslusif Sehari Bersama Pengarah Urusan (ESP) pada butiran berikut:-

Tarikh: Sabtu, 19 Mac 2011
Masa: 8:30 malam (mula dengan solat Isyak berjemaah)
Tempat: HPAic (Tingkat 10)

Semua PJS, Pelapis dan Herbalis KPA adalah diminta hadir.

Seterusnya semua dijemput untuk sama2 mendirikan Qiyam Mega KPA bersama peserta Mega PBC di HPAIC.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Setiausaha KPA En Ismahali (019-282 5716 begin_of_the_skype_highlighting 019-282 5716 end_of_the_skype_highlighting)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...