Tuesday, April 26, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Penubuhan TJC


Penubuhan Thibbul Jawi Herb Centre atau ringkasnya TJC (Pusat Perubatan JAWI) di Lembah Klang adalah hasil daripada cetusan rasa beberapa orang Herbalis atau lebih tepat Perunding Kesihatan JAWI yang bermula semasa Program Alumni Herbalis pada 22hb Januari, 2009 yang diadakan di Dewan Kuliah HPA Ampang bersama rektor Perubatan JAWI, Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad.

Daripada 9 resolusi yang dibacakan kepada Tn Hj Ismail ketika perjumpaan tersebut, pihak Unit Herbalis KPA telah cuba sebaik mungkin untuk merealisasikannya dengan mengadakan program-program seperti :-
1- Kursus Pra-PIC dalam 2009
2- Kursus Pra-Herbalis (KPH) dalam 2010
3- Program Memartabatkan Perubatan JAWI ke Sabah dan Sarawak.

Memandangkan kepada situasi sekarang yang mana ramai Herbalis, terutama di Lembah Klang ini yang masih terumbang ambing dengan matlamat kewujudan mereka sebagai Perunding Kesihatan JAWI; maka hasil daripada permuafakatan beberapa herbalis yang merasa terpanggil untuk mengatasi masalah ini telah berjaya menubuhkan TJC.

Di antara visi dan misi TJC ini adalah untuk memperkasakan Pusat Rawatan Herbalis JAWI sediada dengan menggabungkan Herbalis di sekitarnya pada satu pusat rawatan. Pusat-pusat rawatan sediada yang disatukan di dalam TJC akan mengadi tempat perlatihan kepada Herbalis yang baru, mengadakan kursus-kursus pemantapan secara berkala kepada bakal-bakal Perunding Kesihatan yang akan diserapkan sebagai kakitangan TJC dan akhirnya menyediakan satu Pusat Rawatan Bersepadu @ Rumah Sihat JAWI dalam masa 5 tahun, Insyallah.

Semuga Allah swt merahmati kami dan sahabat-sahabat herbalis yang lain agar dapat bersama-sama berganding bahu untuk merealisaisikan hasrat kami yang murni ini untuk melihat di satu masa nanti masyarakat dengan hati terbuka akan menerima pakai akan perubatan jawi sebagai satu pilihan utama dalam menjaga kesihatan samada secara zahir ataupun spiritual.

Monday, April 18, 2011

KURSUS AKUPUNTUR OLEH DR HJ ABD HALIM BASRI



TERBUKA KEPADA SEMUA. TEMPAT TERHAD.

BERMINAT SILA HUBUNGI HERBALIS LEEZ : 017-2190544

KHIDMAT MASYARAKAT DI HPA CAWANGAN GOMBAK

HERBALIS YANG BERMINAT MENYERTAI

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INI SILA HUBUNGI

HERBALIS KAIYISAH 012-3356005

Monday, April 11, 2011

Sekadar Untuk Pengetahuan

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Lalu Baginda menjawab.. ” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...