Sunday, December 18, 2011

AKUPUNTUR

AKUPUNTUR

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin 'Acus' bermaksud jarum dan 'Pungere' bermaksud cucuk. Akupuntur ialah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum halus yang telah disteril pada titik tertentu pada badan.

Pada jarum-jarum halus tersebut sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan pesakit berasa seperti berdenyut-denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum tersebut ditusuk pada sesuatu titik pada badan.

Terdapat 365 titik akupuntur utama dan lebih 1,000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Sebahagian besar titik akupuntur tersebut digabungkan kepada 12 meridian yang mengawal sistem tubuh.

Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik-titik berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu ransangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi dapat melegakan kesakitan.

Selain itu penyelidikan saintifik akupuntur di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan endokrin yang boleh melegakan kesakitan secara semula jadi semasa rawatan akupuntur.

Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti gangguan dalam sistem pernafasan, gangguan sistem pencernaan seperti gastrik, sembelit.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabitkan disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, masalah haid dan masalah saraf.

Di Britain, para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur bagi merawat sakit kepala dan migrin dengan jayanya apabila 80% daripada pesakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya.

Disamping itu, beberapa orang doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur mengakui bahawa di negara China rawatan akupuntur bukan sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit.

Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik, hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik dimasukkan ke dalam kulit pesakit.

Benarlah sabdaan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, bahawa SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA dan BILA KAMU SAKIT BERUBATLAH, TETAPI JANGAN GUNAKAN YANG HARAM.


Sent from my iPad (Ramly)

Sunday, July 10, 2011

PERUBATAN MAGNETOTERAPI


Ini merupakan satu kaedah perawatan menggunakan magnet dan merupakan penemuan baru dalam dunia perubatan di abad ke 21 ini.

Bahagian UTARA magnet digunakan untuk menyembuhkan kesakitan dan keradangan, makala bahagian SELATAN magnet digunakan untuk melawan infeksi virus dan bakteria.

Untuk melegakan kesakitan, bahagian UTARA magnet hendaklah diletakkan di atas bahagian yang sakit sekurang-kurangnya 20 minit dan dalam kes-kes baru kesakitan akan hilang setelah rawatan dibuat antara 1 hingga 3 kali. Dalam kes-kes kronik, bilangan rawatan yang lebih diperlukan.

Penyakit-penyakit biasa seperti pirai (rheumatism), sakit sendi (arthritis), sakit bahu, sakit pergelangan tangan, sakit kepala, sukar tidur dan lain-lain dapat diperbetulkan dengan kaedah ini.

Bagi penyakit sukar tidur, bahagian UTARA magnet hendaklah diletakkan di atas dahi selama 10 minit sebelum tidur di waktu malam. Pengalaman telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak dapat tidur tanpa ubat pelali dapat mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan kaedah terapi magnet ini.

Friday, June 3, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Bandung



Kumpulan ke2 rombongan UHKPA ke Bandung


13hb Mei, 2011
Seramai 15 orang herbalis telah telah menyertai rombongan ke Bandung. Peserta terbahagi kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan berlepas ke Jakarta pada tengahari dan 1 kumpulan terus ke Bandung pada jam 8 malam.



Semasa di Bandung kami telah menginap di Darrul Jannah Cottage, Daarut Tauhid


14hb Mei, 2011
Lawatan ke Kawah Putih dan Pasar Baru

Di depan Darrul Jannah Cottage

Mendengar taklimat sebelum keluar membuat lawatan ke Kawah Putih



Bergambar di tempat letak kenderaan, Kawah Putih






15hb Mei, 2011
Belajar Bekam Sayat, Bekam Tanduk dan Bekam Lebah di Babussalam







Bergambar di hadapan Pesantaren Babussalam, Bandung



16hb Mei, 2011
Belajar Bekam Lintah di Rumah Sehat Iqra

Bersemangat untuk mempelajari ilmun yang baru











17hb Mei, 2011
Balik ke Semenanjung




Tuesday, April 26, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Penubuhan TJC


Penubuhan Thibbul Jawi Herb Centre atau ringkasnya TJC (Pusat Perubatan JAWI) di Lembah Klang adalah hasil daripada cetusan rasa beberapa orang Herbalis atau lebih tepat Perunding Kesihatan JAWI yang bermula semasa Program Alumni Herbalis pada 22hb Januari, 2009 yang diadakan di Dewan Kuliah HPA Ampang bersama rektor Perubatan JAWI, Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad.

Daripada 9 resolusi yang dibacakan kepada Tn Hj Ismail ketika perjumpaan tersebut, pihak Unit Herbalis KPA telah cuba sebaik mungkin untuk merealisasikannya dengan mengadakan program-program seperti :-
1- Kursus Pra-PIC dalam 2009
2- Kursus Pra-Herbalis (KPH) dalam 2010
3- Program Memartabatkan Perubatan JAWI ke Sabah dan Sarawak.

Memandangkan kepada situasi sekarang yang mana ramai Herbalis, terutama di Lembah Klang ini yang masih terumbang ambing dengan matlamat kewujudan mereka sebagai Perunding Kesihatan JAWI; maka hasil daripada permuafakatan beberapa herbalis yang merasa terpanggil untuk mengatasi masalah ini telah berjaya menubuhkan TJC.

Di antara visi dan misi TJC ini adalah untuk memperkasakan Pusat Rawatan Herbalis JAWI sediada dengan menggabungkan Herbalis di sekitarnya pada satu pusat rawatan. Pusat-pusat rawatan sediada yang disatukan di dalam TJC akan mengadi tempat perlatihan kepada Herbalis yang baru, mengadakan kursus-kursus pemantapan secara berkala kepada bakal-bakal Perunding Kesihatan yang akan diserapkan sebagai kakitangan TJC dan akhirnya menyediakan satu Pusat Rawatan Bersepadu @ Rumah Sihat JAWI dalam masa 5 tahun, Insyallah.

Semuga Allah swt merahmati kami dan sahabat-sahabat herbalis yang lain agar dapat bersama-sama berganding bahu untuk merealisaisikan hasrat kami yang murni ini untuk melihat di satu masa nanti masyarakat dengan hati terbuka akan menerima pakai akan perubatan jawi sebagai satu pilihan utama dalam menjaga kesihatan samada secara zahir ataupun spiritual.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...