Monday, August 23, 2010

MEMARTABATKAN PERUBATAN JAWI DI SABAH

INSYALLAH pada 24hb SEP yang akan datang nanti, Unit Herbalis KPA dengan kerjasama Pentadbiran HPA Zon Borneo akan mengadakan ROAD TOUR dengan tujuan untuk mempromosikan PERUBATAN JAWI kepada pengedar2 d Sabah terutama di sekitar LALUAN#1 [Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau].

Herbalis UHKPA yang turut serta akan diketuai oleh Ketua UHKPA; Herbalis Ramly Ahmad bersama-sama Herbalis Aminudin, Bismar, Leez dan Asma'. Kami akan berlepas dari LCCT dengan AirAsia pada 24hb SEP jam 7:30 pagi dan ETA d Sandakan sekitar jam 11:00 pagi.

Di antara program yang di adakan semasa d Sabah adalah seperti berikut:

24hb (Jumaat) 8:00 mlm : SANDAKAN ; KPJ oleh Herbalis Ramly
25hb (Sabtu) 8:00 pagi: SANDAKAN ; KURSUS PRA HERBALIS [KPH] oleh UHKPA
Rombongan akan ke Lahad Datu selepas KPH d Sandakan.

26hb (Ahad) 8:00 pagi : LAHAD DATU ; KPH oleh UHKPA
27hb (Isnin) 6:00 pagi UHKPA akan ke SEMPORNA di mana akan mengadakan KLINIK DIAGNOS dan PERAWATAN selama 2 hari.

28hb (Selasa) 5:00 petang akan bertolak ke Tawau di mana pada malamnya jam 8:00 akan di adakan KPJ oleh Herbalis Ramly

29hb (Rabu) 9:00 Taklimat kepada Umum yang diatur oleh pemimpin HPA di Tawau

SEMUGA PEMIMPIN2 (PJS) dan PENGEDAR-PENGEDAR HPA DI TEMPAT YANG UHKPA ADAKAN PROGRAM DAPAT MENGAMBIL MANFAAT DENGAN BERSAMA-SAMA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM YANG TELAH DISUSUN. BARKALLAH

Wednesday, August 18, 2010

MENGESAN PENYAKIT MELALUI RASA HATI

MUQADDIMAH

Kita patut mengetahui mengesan penyakit melalui rasa hati pesakit salah satu kaedah yang tepat untuk mencari kelemahan pada tubuh pesakit. Sejumlah maklumat yang disalurkan melalui rasa perlu diterjemahkan secara ilmiah dan bersih dari syak wasangka. Kegagalan untuk mentafsirkannya sering dihubungkan dengan peranan makhluk halus (jin). Kesesatan ini akan lebih jauh bila perawat pula mengakui mempunyai kemampuan untuk mendiagnosis penyakit dengan hanya telahan-telahan yang kadangkala betul dan kadangkala salah.

Keinginan untuk sembuh dan kepercayaan yang tinggi pada perawat akan membawa kepada pemujaan alam mistik dan pengagungan sesama manusia. Syaitan mengambil peluang membisikkan seribu cadangan untuk menyesatkan manusia melalui agen mereka yang bernama perawat.

Kita selalu mendengar perkataan seperti

  • Kena buatan orang
  • Pintu rezekinya ditutup
  • Tutup nafsu
  • Lambat jodoh
  • Suami dibodohkan dan lain-lain lagi.

Ini semuanya jalan yang memudahkan pesakit memilih jalan khurafat tanpa disedari. Mereka akan pergi mencari manusia yang dikatakan istimewa yang mampu untuk memberikan air ajaib yang dapat mengembalikan semula kepada kehendak tersebut.

Perawat menggunakan perbagai kaedah untuk mengubati seperti batu, keris, limau purut, pakaian, asam, kain kuning, garam dan lain lain lagi. Sewaktu merawat beberapa kalimah dan bacaan digunakan. Perawat kadangkala termuntah, mengeluarkan batu, pengsan, berubah suara, bernafas kencang, mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala yang cukup menyakinkan pesakit kemampuannya mengetahui yang ghaib. Semua yang dipaparkan merupakan jalan menuju kebinasaan dan terkeluar daripada batasan pengubatan Islam yang dibawa oleh Rasullulah S.A.W.

MENGGUNAKAN KHADAM

Sering kita mendengan perkataan khadam ayat, iaitu beberapa kalimah suci al-quran diamal sehingga mendatangkan pendamping iaitu khadam ayat.

Kelebihan yang datang daripada karamah seseorang manusia terbahagi kepada dua:

1. Karamah Berkhadim

Dengan mengamalkan ayat-ayat menurut kaifiyat tertentu yang mempunyai niat khusus, setelah cukup bilangannya jumlah dan tempoh masa mampu melakukan perkara yang mencarik adat seperti tidak luka dengan senjata tajam, boleh digantung, ditembah tidak luka, membaca gerak hati orang dan berbagai lagi yang luar biasa. Penggunaan rajah yang dikenali sebagai wafak turut diperkenalkan dan dikatakan dari bentuk pengubatan Islam. Maha Suci Allah yang telah menghantar nabi-nabi membawa risalah yang benar, jalan yang benar dan saya amat meyakini keramat berqadim akan menjadi HIJAB antaranya dengan Allah. Paling mudah diserang dengan penyakit hati dan rugilah amalan yang bukan dari sunnah nabi dan bukan dari jalan orang-orang sufi.

2. Karamah Aulia

Dia beramal bukan kerana mahukan kelebihan malah kalau datang kelebihan cepat-cepat sedar itu adalah cobaan yang akan melencongkan hatinya yang beribadat hanya mencari kerezaan Allah bukan kelebihan diri. Zikirnya kerana Allah, mahukan keampunan, kerezaan dan sering mencari cela diri dari melihat kelemahan orang lain.

Allah yang maha tahu telah memberikan kepada manusia sejenis ini dengan kelebihan yang tidak diminta pada waktu dan saat-saat tertentu. Itupun kebiasaanya sangat terselindung bagi menjaga hati walinya dari merasakan keakuannya seperti contoh saat hendak berangkat dalam perjalanan tiba-tiba terlepas kenderaan, kemudian terdengar berita kenderaan itu terjatuh dalam juram yang dalam dan kesemua penumpang meninggal.

Bagi mereka yang berjalan menuju Allah tidak sempat pada mereka mengadakan ibadat yang bertujuan keduniaan kerana besarnya ketakutan mereka dengan yang bakal dilalui nanti. Fahamilah, ubat sebenar dari Allah. Kesakitan ialah qadhar daripada Allah.

Ada 2 maksud pesanan dari Nabi
  • Setiap penyakit ada ubatnya
  • Tidak berubah qadar itu melainkan dengan doa.

PENGUBATAN Rasullulah S.A.W [TIBBUN NABAWI]


1-Ilahiah
  • Al-quran di baca dengan niat ibadat, memahami isinya, menghafal, mengajar , mengamalkan dan meyakini .
  • Doa /rukyah adalah doa/rukyah yang di ajar oleh Rasullulah
  • Puasa
  • Air zam-zam
2-Alamiah
  • Madu
  • Bekam
  • Tumbuh-tumbuhan dll.

3-Gabungan keduanya.


TAUHID YANG BENAR

Pimpinilah pesakit agar dapat merasakan bahawa kesakitannya daripada dirinya sendiri, sebagai kifarah kepada dosa-dosanya dan Allah sedang memandangnya dengan pandangan rahmat. Jangan menuding jari pada orang lain dan percaya pada kata-kata yang tidak berasas walaupun datang dari orang yang dia percayai. Banyakkan
  • istighfar
  • salawat ke atas Nabi S.A.W.
  • perpanjangkan sedekah
  • hubungi silatulrahim dengan kaum kerabat
  • munajat yang berpanjangan
  • puasa sunat dan
  • baik sangka dengan penyakit yang sedang dialaminya.

Berikut dinyatakan penyakit-penyakit yang menyerang perasaan seseorang yang sering dianggap sebagai penyakit mistik. Disini juga diberikan beberapa cadangan ubat HPA sebagai membantu perawatan tersebut.

Racun Yang Bersifat Maknawiah

Ingatlah tiga gulungan yang kehormatanya sangat beracun jika dijatuhkan. Kesakitanya akan menjalar diseluruh tubuh tanpa dapat di ubati oleh sesiapa. Sepanjang hayat akan di serang dengan perasan tidak menentu, celaru dan tidak dapat dijelaskan.

  • Kehormatan ibu bapa suami
  • Kehormatan suami
  • Kehormatan ulamak

MASALAH KEJIWAAN

1-Masalah Kejiwaan dan Anemia


Masalah kejiwaan sering ada hubungan dengan kekurangan darah yang mengakibatkan timbulnya bermacam-macam perasaan yang tidak enak dirasa oleh tubuh. Memahami keadaan ini akan dapat mengelakkan diri dari percaya kepada perkara mistik yang sering dijadikan mitos kepada orang jahil. Kekurangan darah ada kaitan dengan kekurangan zat besi dan asid folik dalam tubuh,

  • 1.1-Tanda-tanda kekurangan zat besi:
  • fikiran bercelaru
  • fatigue (letih)
  • tekanan
  • hilang kehendak seks
  • pening
  • kuku rapuh
  • nafas pendek
  • lidah merah terbakar
  • tekanan darah rendah
  • sakit kepala sebelah kanan (lebih/kurang)
  • hilang bila ambil zink; zink berlebihan (najis hitam)
  • kopi dan teh akan menghilangkan iron
  • kurang HCL (Herba Tuju Angin)
  • Terapi :
  • Spirulina
  • Aloe Vera
  • Molasses
  • Bayam
  • HB
  • Nota:
  • asas dalam darah merah
  • bekerja dengan vitamin C
  • ada hubungan dengan copper untuk asimilasi.
  • tumbuhan yang banyak iron kebanyakan banyak copper
  • membantu pengeluaran sel dalam bone marrow
  • ada hubungan dengan pembesaran prostate gland

  • 1.2-Tanda-tanda kekuragan asid folik:
  • meroyan
  • masalah kulit
  • rambut cepat beruban
  • keguguran
  • susah bersalin
  • kurang susu
  • kematian masa bersalin
  • mudah diserang jangkitan.
  • Terapi:
  • Omega 3 kapsul (mikeral fish)
  • Karot
  • Nota:
  • Bergabung dgn Vitamin B 12
  • Berkerja dengan vitamin C (roselle)

  • 1.3-Keperluan vitamin B 12 (madu, spirulina dan spirumadu)
  • Tanda-tanda
  • kecelaruan fikiran
  • hilang kemampuan berfikir
  • susah konsantrasi
  • impotensi
  • seriawan
  • merasa kebas,
  • kaku
  • bisa bisa
  • lemah kaki dan lengan
  • susah berjalan
  • Terapi:
  • madu
  • spirulina
  • spirumadu
  • Nota:
  • bergabung dengan kalsium.

  • 1.4-Keperluan zink
  • Tanda-tanda
  • Kecelaruan fikiran
  • Tidak ada semangat hidup
  • sirosis hati
  • tumbesaran terbantut
  • kecacatan bayi
  • pembesaran prostate
  • masalah fungsi seksual; hilang kesuburan
  • tidak tahan jangkitan
  • lambat luka sembuh
  • penyakit kulit
  • deria rasa dan bau kurang
  • rambut gugur
  • kelemumor
  • tidak minat belajar
  • Alergik pada beberapa jenis herba.
  • Terapi:
  • Aloe Vera
  • omega 3 kapsul
  • HB
  • susu soya.
  • Nota:
  • Terlibat dalam semua sistem hormone terutama prostate gland
  • pengawalan insulin

1.2-Masalah Kejiwaan Dan Hubungan Dengan Menopause

  • Tanda-tanda:
  • gelisah
  • rasa takut
  • cemas
  • sedih
  • turunnya libido seks
  • sulit tidur
  • fikiran tidak fokus
  • tekanan
  • emosi tidak stabil
  • iritasi vagina dan saluran kencing
  • pening
  • peluh dimalam hari
  • osteoporosis
Tanda sebegini adalah gejala menopause (putus darah haid) akibat dari kurangnya hormon estrogen dan mineral kalsium. Biasanya bagi wanita moden mereka akan mengambil rawatan hormon yang dikenali sebagai HRT. Namun begitu terdapat pro dan kontra dengan penggunaan terapi ini.

Pengurangan hormon estrogen berkait rapat dengan kulit menyebabkan proses penuaan mula belaku dengan cepat. Wanita yang dilindungi oleh hormon estrogen untuk kesihatan jantung mula terdedah kepada risiko sakit jantung. Bila berumur 50tahun rata-rata wanita mengalami masalah osteoporosis. Ianya sangat dipengaruhi saat pembentukan massa puncak tulang diusia 20-an .

Kaedah pengubatan ialah seperti berikut:-

  • 1-Pengurangan pengambilan susu
  • Tubuh yang kurang enzim lactase akan menyebabkan berlakunya fermentasi (pemasaman). Bagi mengurangi pemasaman itu kalsium daripada tulang akan diambil menyebabkan semakin parah belakunya osteoporosis. Hanya dalam peratus yang kecil sahaja kalsium dari susu dapat diserap sedangkan kalsium yang dikeluarkan dari tulang lebih banyak. Susu lembu yang tidak dapat dicernakan akan menyebabkan DNA lembu masuk kedalam darah. Lembu yang sakit atau dipenuhi dengan antibiotik akan menjadikan tubuh badan manusia turut mengalami kerosakan.
  • 2-Pengambilan Paramaria plus dan susu soya.
  • Cara yang paling baik iaitu mendapatkan kalsium dan pytoestrogen daripada tumbuh-tumbuhan. Pytoestrogen yang sangat baik digunakan ialah daripada pokok polyalthia hypoleuca yang diminum dengan air kacang soya. Spirulina juga sangat baik untuk mendapatkan kalsium dan pytoestrogen
  • 3-Pengambilan herba diusia 20-an

Ketumpatan tulang akan menjadi maksimum pada usia 20an kemudian akan semakin berkurangan 1 % pada setiap tahun. Pada ketika inilah pengambilan herba yang mengandungi kalsium dan pytoestrogen diperlukan sebagai makanan tambahan.

PENUTUP

Banyak lagi gangguan fikiran seperti mendengar bisikan halus kerana kehadiran logam berat dalam otak dan lain-lain lagi akan dibahaskan dari masa ke semasa. Moga-moga kita tergolong dari orang yang mendapat pertunjuk ilahi.

Wednesday, August 11, 2010

PROGRAM BULAN RAMADHAN

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA UMMAT ISLAM DAN WARGA HPA ZON TENGAH KHASNYA.

Hadirnya Ramadhan membawa rahmat pada awalnya, keampunan pada pertengahannya dan kelepasan dari api neraka pada penghujungnya. Dalam Ramadhan, amalan fardhu digandakan 70 kali ganjarannya manakala amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan fardhu.

Insyallah, bersempena Ramadhan ini KPA membawa satu kelainan dari tahun2 yang lepas dengan mengadakan program IFTOR, TERAWIH & KPJ di 2 cawangan HPA yang terpilih:


16 OGOS : HPA KAJANG


IFTOR, TERAWIH & KPJ


PENSYARAH: HERBALIS RAMLY



27 OGOS : HPA RAWANG


IFTOR BULANAN, TAZKIRAH & TERAWIH


PENSYARAH: USTAZ AHMAD ADNAN



1 SEPT : HPA KELANG


IFTOR, TERAWIH & KPJ


PENSYARAH: PJM MURAD ABU BAKAR



GEMPUR KEHADIRAN BERAMAI-RAMAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...