Friday, May 28, 2010

KLINIK HERBALIS 3/10

Alhamdulillah, seramai 13 orang herbalis telah menjayakan klinik herbalis pada kali ini. Kali ini kami membincangkan tentang KOLESTROL secara panjang lebar. Mudah-mudahan dengan klinik ini dapat kami memahami lebih mendalam akan permasalahan yang timbul daripada pengambilan kolestrol yang berlebihan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Herbalis Cik Syifa' telah ditugaskan sebagai moderator pada kali ini. Beliau telah dapat membentangkan kertas kerja yang diberikan dengan baik dan mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada peserta yang hadir dalam menjayakan program ini.


Sebelum klinik dimulakan, PJM cikgu Murad bersama rombongan yang akan bertolak dengan bas melawat pejabat HPA d Perlis dan Kedah, telah memberikan taklimat tentang perjalanan dan aturcara lawatan. Semuga pengedar-pengedar yang pergi akan lebih memahami akan perjuangan HPA yang dipimpin oleh Tn Hj Ismail.








Hasil daripada mesyuarat anggota Unit Herbalis pada sebelah petangnya, biro program sepertimana biasa akan membuka meja untuk sessi DIAGNOS dan KAUNSELING di beberapa lokasi KPJ yang akan datang, dengan tujuan untuk membantu mereka yang ada masalah kesihatan untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

JADUAL KPJ DALAM ZON TENGAH (JUN 2010)

Monday, May 24, 2010

PENYAKIT UNSUR PANAS

Air merupakan diantara keperluan tubuh yang utama untuk ia sentiasa segar dan sihat. 75% daripada tubuh adalah air.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan asma pada kanak-kanak, kerosakan genetik, elergi, sembelit, hipertensi, penyakit autoimun dan kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:
1-rasa letih
2-cepat marah
3-cemas
4-tidak sabar.

Gejala panas yang berlaku akibat kekurangan air atau pun dengan sebab pengambilan ubatan antasid dan ubatan kimia sintetik; akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Bila tubuh panas, nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit.

Untuk merawat masalah penyakit panas yang disebabkan oleh kekurangann air ini hendaklah seseorang itu mengatasi punca masalah tersebut dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit nsejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Untuk merawat penyakit yang bersifat panas ini, panas perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan minum banyak air yang dimasukkan sedikit garam bukit. Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.



Saturday, May 15, 2010

KURSUS PRA HERBALIS #1/10

TARIKH: 15hb MEI, 2010 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN KULIAH HPA CAWANGAN BANGI

SESSI PENDAFTARAN & PANATIA KURSUS


Alhamdulillah, seramai 49 orang telah mendaftar untuk mengikuti kursus pra herbalis yang pertama kali diadakan pada tahun 2010 ini.





PENGERUSI MAJLIS & UCAPAN PEMBUKAAN PRESIDEN KPA


Pengacara majlis pada kali ini adalah Herbalis Ustaz Radzi dari Beranang, Selangor. Setelah majlis pembukaan, semua hadirin telah bersama-sama mengalunkan nasyid "Rasulullah" bagi menyuntik semangat dan menghayati perjuangan yang telah baginda lalui.


Seterusnya Presiden KPA, PJM Hafidzan telah memberikan ucaptama dengan memberikan taklimat tentang perkembangan terbaru HPA termasuk perubahan kepada plan pemasaran sediada.





MENYATUKAN HATI DENGAN NASYID RASULULLAH






SLOT AKUPUNTUR OLEH HERBALIS KAIYISAH


Slot pertama dalam kursus pra herbalis kali ini telah dikendalikan oleh Herbalis Kaiyisah. Beliau





Friday, May 14, 2010

ROSELLE DAN VITAMIN C

Masyarakat hari ini di dapati sedang menghadapi PENYAKIT DEGENERATIF seperti kanser, lemah jantung, kencing manis, darah tinggi dan arthritis. Selalunya pada masa lampau penyakit-penyakit ini akan kedapatan pada mereka yang dalam umur lanjut tetapi sekarang ini telah menyerang mereka yang dalam usia muda.

Kajian secara jujur yang di buat di seluruh dunia mendapati punca kepada permasalahan yang di hadapi oleh umat masakini adalah disebabkan pemakanan dan persekitaran yang telah dicemari dengan keracunanan melampau yang mengakibatkan bertambahnya radikal bebas yang mempercepatkan kerosakan sel dan tisu dalam tubuh manusia.

Fokus dunia pemakanan kesihatan masakini tertumpu kepada usaha untuk menghasilkan satu kumpulan nutrien yang dipanggil anti-oksidan yang berupaya melindungi dan melambatkan proses kerosakan sel dalam tubuh tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT yang telah menumbuhkan banyak pokok ROSELLE di SUDAN yang merupakan anugerah ALLAH SWT kepada umat ini untuk mengatasi kemelut kesihatan yang sedang dihadapi.

Kajian saintifik yang dilakukan ke atas herba rosel ini mendapati kandungan vitamin C yang didalamnya melebihi yang terdapat dalam citrus. Rosel yang masih segar mengatasi vitamin C dalam citrus sebanyak 20 kali ganda, manakala yang kering cuma 9 kali ganda sahaja.

ANTI PENUAAN

Banyak saintis percaya dengan pengambilan herba rosel ini berupaya melambatkan proses penuaan seperti pelupa, rabun, rambut beruban. Sebagai herba anti-oksidan, Ia juga dapat mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas.

Proses penuaan ini dapat dilambatkan kerana sifat anti-oksidan yang dimilki oleh herba akan menjadi antibodi kepada manusia bila ia dimakan. Ia membantu tubuh untuk melakukan ‘self cleansing’ dengan menyingkirkan kotoran dalam tubuh. Bila tubuh dibebaskan daripada racun yang merosakkan ia akan menyihatkan tubuh badan dan tubuh boleh bertahan lama.

PENCEGAHAN PENYAKIT CARDIOVASCULAR

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Pemakanan yang tinggi LDL dan bahan awet yang terdapat dalam setiap makanan bertin merupakan penyumbang kepada kesumbatan arteri secara separa (arteriosklerosis) atau penyumbatan sepenuhnya (trombosis).

Kesumbatan pembuluh darah ini juga dipercayai sebagai penyebab berlakunya tekanan darah tinggi dan masalah yang berkaitan seperti kebas-kebas pada tangan dan kaki serta masalah kulit. Vitamin C dari rosel ini yang mengandungi bioflavonoid mampu untuk memecahkan kesumbatan di dalam arteri yang tersumbat dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular yang digeruni ini.

PENCEGAHAN KANSER

Bagi kawasan-kawasan industri, risiko terjadinya barah amat cerah sekali. Udara yang dicemari dengan asap rokok dan asap kenderaan menjadikan sumber pernafasan manusia tercemar. Ini mengakibatkan vitamin C di dalam tubuh manusia merosot dengan cepat dan tubuh terdedah kepada alahan dan serangan radikal bebas.

Kaedah mendiagnos punca penyakit melalui IRIDOLOGI sangat-sangat membantu dalam mengetahui tahap-tahap kerosakan sel dan tisu di dalam tubuh seseorang. Kerosakan jaringan iris yang melebih 50% dikategorikan sebagai degeneratif atau pun tahap pra-kanser dengan luka-luka berbentuk ‘diamond’, ‘spear’ ataupun rama-rama.

DEMAM PANAS

Jaram kepala dan badan anak-anak yang demam panas dengan daun dan buahnya yang segar dan jadikan airnya sebagai minuman. Rasanya yang masam merupakan satu kelebihan daripada jus minuman yang lain kerana dapat mengatasi masalah demam yang melampau. Berikan air rosel ini secara berdikit-dikit kepada pesakit demam panas yang muntah bila makan atau minum air biasa, insyallah ia akan melegakan dan member tenaga semula. Boleh juga digunakan air asam jawa untuk merawat masalah ini.

ALAHAN, LELAH DAN RESDUNG

Kekurangan vitamin C dalam tubuh merupakan diantara punca berlakunya alahan. Kita telah maklum, rosel merupakan sumber vitamin C yang tinggi dan mampu meningkatkan imuniti seseorang.

Bila imuniti badan seseorang lemah, ia mudah terkesan dengan keadaan di sekelilingnya seperti perubahan cuaca boleh menyebabkan mereka bersin waktu pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka. Pengambilan bersama herba anti-histermin seperti produk COSCINIUM PLUS menambahkan lagi upaya penyembuh yang hebat.

Sekiranya terjadi lelah, amalkan vitamin C daripada rosel dengan produk MORIN-A dan minum MINYAK HERBA.

STRESS DAN INSOMNIA

Tekanan yang berpanjangan akan melemahkan sistem pertahanan badan. Apatah lagi sekiranya berlaku ketidakseimbangan suhu pada tubuh akan menyebabkan berlakunya gangguan pada saraf dan hormon, seperti tangan menggeletar dan susah tidur.

Amalkan sahaja 4 ~ 5 kapsul ROSELLE sebelum tidur dengan dibuka kapsulnya dan dimasukkan dalam 1 cawan air suam bersama sedikit MADU ASLI. Ia juga dapat mengurangkan masalah dengkur semasa tidur, menjadi penenang yang merehatkan.

Secara ringkasnya, dalam PERUBATAN JAWI herba rosel banyak digunakan dalam peringkat awal perawatan sebagai ‘kunci’ untuk memberi laluan kepada herba lain yang bertindak sebagai ubat kepada masalah utama pesakit.

Gandingan dengan MADU ASLI dan produk yang seumpamaya seperti EQ MINDA, yang digunakan sebagai ‘stimulant’ telah banyak membuahkan ‘kelegaan’ kepada pesakit dan seterusnya dengan tenaga dalaman yang kian meningkat memudahkan proses kesembuhan berlaku kepada penyakit yang dirawat dengan izin ALLAH SWT seperti yang dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan Al-Hkiem:

“Gunakan dua kesembuhan iaitu madu dan Al-Quran”

Monday, May 10, 2010

PROGRAM DIAGNOSA HERBALIS

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI TANDA KEBERSAMAAN KITA MEMARTABATKAN PERUBATAN JAWI. SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...