Showing posts with label herbalis. Show all posts
Showing posts with label herbalis. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Aktiviti Unit Herbalis KPA


Kelas UH bertajuk Iridologi oleh Fatin Rameli... Indahnya kebersamaan....

Kenangan mesyuarat di bawah pimpinan Kak fatin yang berlangsung di HPA Cawangan Kajang, pada Mei 2009

Kelas Cawangan Kajang suatu tika dulu di bawah program Unit Herbalis untuk ceramah produk knowledge ficus. 11 Mei 2009

Friday, February 25, 2011

2011 TAHUN KEBANGKITAN HERBALIS


Tahniah kepada penerima Anugerah Usahawan Herbalis iaitu PJS Cikgu Murad, PJS Norhaida (Fatin) & Herbalis Ramly Ahamd

Tuesday, January 4, 2011

DIARI UNIT HERBALIS KPA 2010


Salam sejahtera kepada semua herbalis JAWI walaupun di mana ANDA berada, terutamanya mereka yang telah memberikan komitmen dengan sepenuh jiwa raga untuk memartabatkan PERUBATAN JAWI ini. Mudah-mudahan segala kesusahan dan kepayahan yang ANDA telah lalui menjadi satu kenikmatan yang tidak mudah dilupakan setelah ANDA menyempurnakan melalui TEROWONG UJIAN tersebut. ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala amal kebajikan yang telah ANDA lakukan. AMIIN.

Kepada herbalis-herbalis yang bersama-sama saya dalam UNIT HERBALIS KPA [UHKPA], diucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas beberapa kejayaan yang telah kita semua capai dalam memartabatkan TIBBUN NABAWI yang telah diamanahkan kepada kita semua.

Di bawah ini saya paparkan beberapa acara dan program yang telah ANDA semua lakukan dengan rahmat ALLAH SWT; yang telah membuka mata kepada masyarakat yang ada disekeliling kita; betapa pentingnya dan besar peranan yang dimainkan oleh HERBALIS JAWI dalam membantu menaikkan nama HPA itu sendiri.

JANUARI 2010
14hb: Klinik Herbalis "Penyakit Buah Pinggang dan Terapi Herba" di HPA Kajang.





FEBRUARI 2010
18hb: Klinik Herbalis "Masalah Paru-Paru dan Terapi Herba" di HPA Kajang.




Sepanjang tahun 2010, UH KPA telah berjaya menganjurkan "KLINIK HERBALIS" sebanyak 4 kali. Klinik Herbalis ke-3 membincangkan tentang KOLESTROL DAN TERAPI HERBA telah dibentangkan oleh Herbalis Syifa'.

Semua klinik tersebut telah diadakan di dewan kuliah HPA Kajang kecuali KLINIK HERBALIS KE-4 yang telah diadakan di dewan kuliah HPA Ampang dengan modul PTB.









Kursus-kursus berkala untuk pengedar yang dikendalikan oleh UHKPA, telah bertukar nama dan modul berbanding pada tahun 2009. Kalau dalam tahun 2009, nama kursus adalah KURSUS PRA PIC dengan modul Perubatan JAWI, Asas Kedua Diagnos Saraf Tapak Tangan, Produk (HTA, ROSELLE, TEH HERBA dan MALAC) diselangi dengan QUIZ antara modul; manakala dalam tahun 2010, kursus telah diberi nama KURSUS PRA HERBALIS atau ringkasnya KPH.

Tahun 2010 merupakan tahun di mana UHKPA cuba mengambil langkah mengembangkan usaha untuk MEMARTABATKAN PERUBATAN JAWI ke Zon Borneo tanpa melupakan untuk melaksanakan tanggungjawabnya memperkasakan pengedar-pengedar di Lembah Klang dan Perak dengan ilmu TIBBUN NABAWI.

Di bawah ini disenaraikan KPH yang telah dapat dilaksanakan oleh UHKPA:

15 MEI: HPA BANGI
03 JULAI : HPA RAWANG
07 OGOS : HPA AMPANG
25 SEPT : HPA SANDAKAN, SABAH
26 SEPT : HPA LAHAD DATU, SABAH
27 SEPT : PUSAT AGENSI DR. SYED, SEMPORNA. SABAH
14 NOV : HPA KEMUNTING. PERAK
28 NOV : DEWAN KULIAH PENTADBIRAN ZON BORNEO, KUCHING. SARAWAK. DAN
11 DIS : HPA SHAH ALAM

Syukur kepada ALLAH SWT yang tidak terhingga di atas pencapaian yang telah dikurniakan kepada kami UHKPA. Dengan kesatuan hati dan fikir disamping ukhwah yang tulus diantara pemimpin dan yang dipimpin; telah membuahkan kejayaan demi kejayaan demi untuk mendapatkan redza-NYA.

Kejayaan hanya akan berlaku bila ada kerjasama yang rapat di antara beberapa pihak yang terlibat yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Pelawaan pihak pengurusan HPAIC kepada UHKPA untuk membuka gerai DIAGNOS DAN PERAWATAN semasa perasmian bangunan tersebut pada 02 hb OKTOBER menandakan satu kepercayyan dan keyakinan mereka terhadap keupayaan UHKPA.





Begitu juga dalam usaha untuk menyatukan semua HERBALIS JAWI dalam program ALUMNI HERBALIS 2010, walaupun masa yang diberikan begitu singkat; namun dengan rahmat ALLAH SWT; KELAB HERBALIS JAWI telah dapat diwujudkan.






Sebagai penutupn tirai, saya tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MISI dan VISI HPA untuk menguasai pasaran global produk halal secara langsung atau tidak langsung, mudah-mudahan segala usaha yang telah dilakukan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.



Friday, May 28, 2010

KLINIK HERBALIS 3/10

Alhamdulillah, seramai 13 orang herbalis telah menjayakan klinik herbalis pada kali ini. Kali ini kami membincangkan tentang KOLESTROL secara panjang lebar. Mudah-mudahan dengan klinik ini dapat kami memahami lebih mendalam akan permasalahan yang timbul daripada pengambilan kolestrol yang berlebihan dan cara-cara untuk mengatasinya.

Herbalis Cik Syifa' telah ditugaskan sebagai moderator pada kali ini. Beliau telah dapat membentangkan kertas kerja yang diberikan dengan baik dan mendapat kerjasama yang menggalakkan daripada peserta yang hadir dalam menjayakan program ini.


Sebelum klinik dimulakan, PJM cikgu Murad bersama rombongan yang akan bertolak dengan bas melawat pejabat HPA d Perlis dan Kedah, telah memberikan taklimat tentang perjalanan dan aturcara lawatan. Semuga pengedar-pengedar yang pergi akan lebih memahami akan perjuangan HPA yang dipimpin oleh Tn Hj Ismail.








Hasil daripada mesyuarat anggota Unit Herbalis pada sebelah petangnya, biro program sepertimana biasa akan membuka meja untuk sessi DIAGNOS dan KAUNSELING di beberapa lokasi KPJ yang akan datang, dengan tujuan untuk membantu mereka yang ada masalah kesihatan untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.

JADUAL KPJ DALAM ZON TENGAH (JUN 2010)

Friday, May 14, 2010

ROSELLE DAN VITAMIN C

Masyarakat hari ini di dapati sedang menghadapi PENYAKIT DEGENERATIF seperti kanser, lemah jantung, kencing manis, darah tinggi dan arthritis. Selalunya pada masa lampau penyakit-penyakit ini akan kedapatan pada mereka yang dalam umur lanjut tetapi sekarang ini telah menyerang mereka yang dalam usia muda.

Kajian secara jujur yang di buat di seluruh dunia mendapati punca kepada permasalahan yang di hadapi oleh umat masakini adalah disebabkan pemakanan dan persekitaran yang telah dicemari dengan keracunanan melampau yang mengakibatkan bertambahnya radikal bebas yang mempercepatkan kerosakan sel dan tisu dalam tubuh manusia.

Fokus dunia pemakanan kesihatan masakini tertumpu kepada usaha untuk menghasilkan satu kumpulan nutrien yang dipanggil anti-oksidan yang berupaya melindungi dan melambatkan proses kerosakan sel dalam tubuh tersebut.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT yang telah menumbuhkan banyak pokok ROSELLE di SUDAN yang merupakan anugerah ALLAH SWT kepada umat ini untuk mengatasi kemelut kesihatan yang sedang dihadapi.

Kajian saintifik yang dilakukan ke atas herba rosel ini mendapati kandungan vitamin C yang didalamnya melebihi yang terdapat dalam citrus. Rosel yang masih segar mengatasi vitamin C dalam citrus sebanyak 20 kali ganda, manakala yang kering cuma 9 kali ganda sahaja.

ANTI PENUAAN

Banyak saintis percaya dengan pengambilan herba rosel ini berupaya melambatkan proses penuaan seperti pelupa, rabun, rambut beruban. Sebagai herba anti-oksidan, Ia juga dapat mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas.

Proses penuaan ini dapat dilambatkan kerana sifat anti-oksidan yang dimilki oleh herba akan menjadi antibodi kepada manusia bila ia dimakan. Ia membantu tubuh untuk melakukan ‘self cleansing’ dengan menyingkirkan kotoran dalam tubuh. Bila tubuh dibebaskan daripada racun yang merosakkan ia akan menyihatkan tubuh badan dan tubuh boleh bertahan lama.

PENCEGAHAN PENYAKIT CARDIOVASCULAR

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Pemakanan yang tinggi LDL dan bahan awet yang terdapat dalam setiap makanan bertin merupakan penyumbang kepada kesumbatan arteri secara separa (arteriosklerosis) atau penyumbatan sepenuhnya (trombosis).

Kesumbatan pembuluh darah ini juga dipercayai sebagai penyebab berlakunya tekanan darah tinggi dan masalah yang berkaitan seperti kebas-kebas pada tangan dan kaki serta masalah kulit. Vitamin C dari rosel ini yang mengandungi bioflavonoid mampu untuk memecahkan kesumbatan di dalam arteri yang tersumbat dan dapat mencegah penyakit kardiovaskular yang digeruni ini.

PENCEGAHAN KANSER

Bagi kawasan-kawasan industri, risiko terjadinya barah amat cerah sekali. Udara yang dicemari dengan asap rokok dan asap kenderaan menjadikan sumber pernafasan manusia tercemar. Ini mengakibatkan vitamin C di dalam tubuh manusia merosot dengan cepat dan tubuh terdedah kepada alahan dan serangan radikal bebas.

Kaedah mendiagnos punca penyakit melalui IRIDOLOGI sangat-sangat membantu dalam mengetahui tahap-tahap kerosakan sel dan tisu di dalam tubuh seseorang. Kerosakan jaringan iris yang melebih 50% dikategorikan sebagai degeneratif atau pun tahap pra-kanser dengan luka-luka berbentuk ‘diamond’, ‘spear’ ataupun rama-rama.

DEMAM PANAS

Jaram kepala dan badan anak-anak yang demam panas dengan daun dan buahnya yang segar dan jadikan airnya sebagai minuman. Rasanya yang masam merupakan satu kelebihan daripada jus minuman yang lain kerana dapat mengatasi masalah demam yang melampau. Berikan air rosel ini secara berdikit-dikit kepada pesakit demam panas yang muntah bila makan atau minum air biasa, insyallah ia akan melegakan dan member tenaga semula. Boleh juga digunakan air asam jawa untuk merawat masalah ini.

ALAHAN, LELAH DAN RESDUNG

Kekurangan vitamin C dalam tubuh merupakan diantara punca berlakunya alahan. Kita telah maklum, rosel merupakan sumber vitamin C yang tinggi dan mampu meningkatkan imuniti seseorang.

Bila imuniti badan seseorang lemah, ia mudah terkesan dengan keadaan di sekelilingnya seperti perubahan cuaca boleh menyebabkan mereka bersin waktu pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka. Pengambilan bersama herba anti-histermin seperti produk COSCINIUM PLUS menambahkan lagi upaya penyembuh yang hebat.

Sekiranya terjadi lelah, amalkan vitamin C daripada rosel dengan produk MORIN-A dan minum MINYAK HERBA.

STRESS DAN INSOMNIA

Tekanan yang berpanjangan akan melemahkan sistem pertahanan badan. Apatah lagi sekiranya berlaku ketidakseimbangan suhu pada tubuh akan menyebabkan berlakunya gangguan pada saraf dan hormon, seperti tangan menggeletar dan susah tidur.

Amalkan sahaja 4 ~ 5 kapsul ROSELLE sebelum tidur dengan dibuka kapsulnya dan dimasukkan dalam 1 cawan air suam bersama sedikit MADU ASLI. Ia juga dapat mengurangkan masalah dengkur semasa tidur, menjadi penenang yang merehatkan.

Secara ringkasnya, dalam PERUBATAN JAWI herba rosel banyak digunakan dalam peringkat awal perawatan sebagai ‘kunci’ untuk memberi laluan kepada herba lain yang bertindak sebagai ubat kepada masalah utama pesakit.

Gandingan dengan MADU ASLI dan produk yang seumpamaya seperti EQ MINDA, yang digunakan sebagai ‘stimulant’ telah banyak membuahkan ‘kelegaan’ kepada pesakit dan seterusnya dengan tenaga dalaman yang kian meningkat memudahkan proses kesembuhan berlaku kepada penyakit yang dirawat dengan izin ALLAH SWT seperti yang dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan Al-Hkiem:

“Gunakan dua kesembuhan iaitu madu dan Al-Quran”

Saturday, February 13, 2010


KETUA UNIT HERBALIS : Tn. Hj. Ramly
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...