Monday, December 20, 2010

ROSELLE (Hibiscus sabdariffa)

PENGENALAN

Rosel merupakan tumbuhan yang mengandungi vitamin C yang amat tinggi melebihi dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Banyak saintis percaya dengan mengambil rosel sebagai pemakanan harian boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana antioksidan didalamnya meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.




Penyakit-penyakit yang banyak disebabkan oleh radikal bebas adalah seperti:

* kerosakan ginjal
* diabetes
* jantung koronori
* kanser dll

KAJIAN

Kajian di Chua Shan Medical Universiti, Taiwan (Yun Ching Chang) mendapati pewarna merah pada kelopak bunga roselle mengandungi "antosianin" sejenis antioksidan; boleh menyekat dan mematikan sel kanser HL-60 (kanser darah/ leukimia). Antosianin juga berperanan menjaga kerosakan sel akibat daripada penyerapan sinar ultraviolet yang berlebihan.

Kajian oleh Maureen William di Universiti Bastyr, US mendapati pengambilan 1.5 liter dapat menurunkan darah diastolik 10 bacaan selepas 4 minggu mengamalkannya.

Kajian di National Council For Research Khartoum, Sudan mendapati roselle dapat mengelakkan kejang pada otot dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Khususnya pada penghidap Darah Tinggi yang tegang otot di belakang tengkuknya.

ROSELLE dan PERAWATAN

Masyarakat hari ini mudah terkena penyakit "degeneratif" seperti kanser, arthritis, diabetes, katarak, darah tinggi pada usia muda. Samada kita suka atau benci, kehidupan kita sekarang dilingakri oleh kebimbangan ini.

Fokus dunia Pemakanan Kesihatan masakini ialah satu kumpulan nutrien yang dipanggil "ANTIOKSIDAN"; dan roselle didapati sangat kaya dengan antioksidan.

Vitamin C daripada roselle adalah antioksidan terbaik, sejenis vitamin yang larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia hanya akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.

* diuretik - melancarkan kencing
* antipiretik - menurunkan panas; rasanya yang masam membantu penyerapan air dalam sel tubuh terutama pada anak-anak kecil. Ia cepat meredakan panas badan terutama dengan kaedah jaraman dengan daun serta buahnya.
* antiradang - baik untuk merawat masalah sakit tonsil.
* anthelmintik - membasmi cacing
* antioksidan - proses oksidasi menyebabkan LDL menebal dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis @ thrombosis => tekanan darah tinggi. Roselle melambatkan proses oksidasi dan mengurangi kepekatan darah.
* memperbaiki peristaltik usus; mengelak sembelit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...