
Shah Alam, Syeksen 3 - seramai 17 ahli HPA yang berada disekitar lembah Klang dan juga ada yang datang dari zon selatan telah mendaftar di program Kursus Pra-Herbalis (KPH) pada 11 disember 2010. Kursus bermula jam 9.15 pagi dan telah dipengerusikan oleh saudara Herbalis Manan dari Ampang.
Sebanyak 4 modul telah didedahkan kepada para peserta KPH kali ini. Modul Perubatan JAWI disampaikan oleh saudara Herbalis Sobri, modul Asas Akupuntur oleh saudari Hayati, manakala saudari Herbalis Aizarena Syifa menyampaikan modul Asas Iridologi dan Herbalis Mesday telah menyempurnakan modul Pembetulan Tulang Belakang (PTB) beserta praktikal.


Pada akhir majlis peserta kursus telah dianugerahkan sijil KPH yang disampaikan oleh Setiausaha Unit Herbalis KPA. para peserta juga telah dijemput untuk masuk kedalam Alumni KPH YahooGroups, bertujuan untuk menyambung ukhuwah dan silaturRahim. disamping itu juga para peserta dapat menjadikan YG tersebut sebagai medan untuk menyampai dan menerima maklumat berkenaan HPA atau Herbalis.
Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua warga HPA dan Ummat Islam Khususnya. Amiin, wassalam.


Praktikal PTB


Pengerusi Majlis : Herbalis Manan
Menerima rawatan Akupuntur dari Wak Mesday


suasana peserta KPH sedang berehat
No comments:
Post a Comment