Monday, January 3, 2011

Smart Healing

Smart Healing

50- Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkata: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan."

Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Menurut perubatan barat, penyakit disebabkan oleh interaksi antara bahagian di dalam tubuh dan elemen luaran. Jadi, biasanya ia hanya dapat diubati menggunakan cara luaran juga. Misalnya ubat berasaskan kimia yang diberikan kepada pesakit yang berfungsi menghambat ruespon badan kepada gangguan keseimbangannya. Apabila ini dilakukan secara berterusan, tubuh kita kehilangan kemampuan semula jadinya bagi membetulkan gangguan keseimbangan.


Sent from iPad Hamba66 [Herbalis Ramly]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...