Wednesday, March 30, 2011

Masalah Makanan

Ibnu-Qayyim berkata, "Barangsiapa memperhatikan makanan Nabi S.A.W dan apa yang baginda makan, tentu akan mendapatkan bahawa baginda tidak pernah memadukan antara :


1. Susu dengan ikan


2. Susu dengan makanan yang masam


3. Susu dengan telur


4. Susu dengan daging


5. Dua jenis makanan yang sama-sama panas


6. Dua jenis makanan yang sama-sama dingin


7. Dua jenis makanan yang sama-sama lengket


8. Dua jenis makanan yang sama-sama mudah mengerut


9. Dua jenis makanan yang sama-sana keras


10. Dua jenis makanan yang sama-sama lembik


11. Dua jenis makanan yang berbeza, keras dengan lembik


12. Dua jenis makanan yang berbeza, yang mudah dicerna dan sukar dicerna


13. Makanan yang dipanggang dengan yang direbus


14. Daging yang segar dengan daging yang dibuat dendeng


Baginda juga tidak menyantap makanan pada saat cuaca sangat panas, tidak menyantap makanan yang dimasak dua kali, dan basi lalu dihangatkan kembali untuk esok hari, tidak menyantap makanan yang busuk atau basi dan sangat masin, seperti makanan yang direndam dengan garam (jeruk) dan makanan yang direndam cuka. Semua itu kurang bagus dan dapat mengganggu kesihatan serta menurunkan kecergasan tubuh.

**Sumber : Pengubatan dan penyembuhan menurut wahyu Nabi S.A.W

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...