Friday, March 18, 2011

Membahagikan Perut Pada 3 Bahagian Iaitu Makanan, Air Dan Udara







Seharusnya para pesakit mengetahui bahawa mereka telah melebihi batas di dalam mengisi perut mereka, mereka lupa sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

'Tiadalah suatu tempat yang dipenuhi Bani Adam lebih buruk dari perutnya, padahal yang diperlukan oleh Bani Adam sebatas penyangga tulang rusuknya, kalau harus memenuhinya maka sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya'

Kebiasaan para pesakit atau penderita mendapatkan makanan dengan sekaligus pada sewaktu makan tengahari atau makan malam, mereka lupa bahawa akibat makan yang terlalu banyak itu mejadikan usus besar mereka tidak mampu lagi untuk mencernakannya. Akibatnya jumlah makanan yang tidak dapat dicernakan oleh usus besar bercerai berai dan bercampur dengan bakteria dan akan mengeluarkan lemak asam dan gas (angin).

Maksud Firman ALLAH SWT :

'Makanlah, minumlah, dan jangan berlebih-lebihan...' (Al-A'raf 31)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...