Thursday, January 27, 2011

KURSUS SINERGI PRODUK HPAIC

KULIAH SINERGI PRODUK OLEH TOKOH HERBALIS
PJM CIKGU MURAD


GEMPUR KEHADIRAN RAMAI-RAMAI

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT HPAIC

Jom Gempur Pakat Datang Ramai-Ramai.....!!!!

Mohon jasa baik herbalis yg ingin bertugas sebagai perawat di HPAIC pada 30.01.11(ahad) untuk program khidmat masyrakat..

berhubung dengan Herbalis Leez 017-2190544 @ Herbalis Aminuddin 019-3584100

** Herbalis yang bertugas sila bawa peralatan masing-masing untuk sesi perawatan, dan memakai vest unit herbalis kpa (sekiranya ada).

Thursday, January 20, 2011

Garam Bukit Garam Laut


Garam Bukit

Garam bukit telah wujud secara fitrah semenjak jutaan tahun yang lalu. Ia adalah garam yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang sangat sempurna.



Garam semulajadi ini tidak perlu melalui proses penambahan bahan awet dan pewarna seperti garam dari laut. Warna asal garam bukit ini ada yang berwarna puteh, 'pink' dan kemerah-merahan; merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.



Garam bukit mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan, sebaliknya garam laut selepas proses 'pembersihan' hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan seperti kalsium karbonat, magnesium karbonat dan aluminium hidroksida. Aluminium merupakan salah satu faktor penyakit 'Alzheimer'.

Struktur atom garam bukit bukan berbentuk molekul, tetapi berbentuk caj letrik dan mampu membebaskan tenaga dalam badan dan membantu dalam proses metabolisma. Kekurangan garam ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga dan sistem saraf badan juga akan terjejas.

Kerana garam bukit ini garam semulajdi, badan tidak akan menolaknya keluar sebaliknya akan menerima kehadirannya di dalam badan. Oleh itu air di dalam sel badan tidak akan mengalir keluar dari sel untuk meneutralkan garam tersebut dan keseimbangan air dalam tubuh dapat dikekalkan.

Garam Laut

Garam laut merupakan garam makan yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih). Pada kebiasaannya, ia mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal.

Garam laut biasa mengandungi kandungan natrium yang amat tinggi sehingga 40%. Pengambilan natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu mengurangkan pengambilan garam laut biasa dalam diet harian adalah disarankan.

Tubuh manusia mengenalpasti garam laut biasa sebagai racun dan bukan bahan semulajadi, dan cuba menyingkirkannya scepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh untuk menyingkirkan garam laut terutama pada organ ginjal.

Apabila tubuh cuba menyingkirkan garam laut yang berlebihan, air adalah diperlukan untuk mengelilingi natrium klorida dan memecahkan molekul natrium klorida kepada ion natrium dan ion klorida. Penggunaan air yang tinggi akan menyebabkan sel badan mengalami penghidratan dan ini menjejaskan fungsi optimal badan.

Kesan penggunaan garam laut akan membentuk keasidan edema yang tinggi atau kelebihan cecair dalam tisu badan dan adalah punca penyebab terjadinya selulit. Untuk setiap 0.035 auns natrium klorida, badan akan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan keasidan garam itu.

Sekiranya kandungan natrium klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku di mana badan akan menggunakan protein lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam yang berlebihan.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik, asid urik tersebut akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi.

11f20:1153


Sent from my iPad (Ramly)

Friday, January 14, 2011

MINYAK DAN LELEMAK

MINYAK DAN LELEMAK

Minyak dan lelemak terdiri daripada campuran tiga kelas asid lemak asas dikenali sebagai:

1- lemak dan minyak tepu,
2- mono tak tepu dan
3- poli tak tepu.

Walaupun digunakan untuk menggambarkan komposisi kimia minyak dan lelemak, kelas asid lemak itu penting kepada khasiat pemakanan sesuatu produk. Ia adalah asas kepada berlainan asid lemak utama di dalam minyak dan lelemak.

Minyak dan lelemak tepu selalunya dihindari pengguna atas sebab berkaitan kesihatan, antaranya peningkatan kolesterol darah yang menjadi risiko kepada penyakit jantung. Minyak dan lelemak tepu terdiri daripada minyak kelapa, minyak isirung sawit dan lemak haiwan seperti lepa susu, lemak khinzir dan lemak lembu (tallow) dan lemak kambing.

Minyak mono tak tepu baik untuk kesihatan jantung, seperti dibuktikan oleh pemakanan masyarakat di rantau Mediteranean. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah minyak zaitun, Canola, biji sesawi, bunga matahari dan olein sawit.

Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah.

Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak, terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu.

Minyak poli tak tepu dikatakan amat baik untuk kesihatan. Antara minyak poli tak tepu ialah, minyak jagung, soya, biji kesumba dan bunga matahari. Kandungan utama minyak berkenaan ialah asid lemak poli tak tepu dan asid linoleic, adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh haiwan dan juga manusia.

Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser.


Sent from my iPad (Ramly)

Tuesday, January 4, 2011

DIARI UNIT HERBALIS KPA 2010


Salam sejahtera kepada semua herbalis JAWI walaupun di mana ANDA berada, terutamanya mereka yang telah memberikan komitmen dengan sepenuh jiwa raga untuk memartabatkan PERUBATAN JAWI ini. Mudah-mudahan segala kesusahan dan kepayahan yang ANDA telah lalui menjadi satu kenikmatan yang tidak mudah dilupakan setelah ANDA menyempurnakan melalui TEROWONG UJIAN tersebut. ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala amal kebajikan yang telah ANDA lakukan. AMIIN.

Kepada herbalis-herbalis yang bersama-sama saya dalam UNIT HERBALIS KPA [UHKPA], diucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas beberapa kejayaan yang telah kita semua capai dalam memartabatkan TIBBUN NABAWI yang telah diamanahkan kepada kita semua.

Di bawah ini saya paparkan beberapa acara dan program yang telah ANDA semua lakukan dengan rahmat ALLAH SWT; yang telah membuka mata kepada masyarakat yang ada disekeliling kita; betapa pentingnya dan besar peranan yang dimainkan oleh HERBALIS JAWI dalam membantu menaikkan nama HPA itu sendiri.

JANUARI 2010
14hb: Klinik Herbalis "Penyakit Buah Pinggang dan Terapi Herba" di HPA Kajang.





FEBRUARI 2010
18hb: Klinik Herbalis "Masalah Paru-Paru dan Terapi Herba" di HPA Kajang.




Sepanjang tahun 2010, UH KPA telah berjaya menganjurkan "KLINIK HERBALIS" sebanyak 4 kali. Klinik Herbalis ke-3 membincangkan tentang KOLESTROL DAN TERAPI HERBA telah dibentangkan oleh Herbalis Syifa'.

Semua klinik tersebut telah diadakan di dewan kuliah HPA Kajang kecuali KLINIK HERBALIS KE-4 yang telah diadakan di dewan kuliah HPA Ampang dengan modul PTB.









Kursus-kursus berkala untuk pengedar yang dikendalikan oleh UHKPA, telah bertukar nama dan modul berbanding pada tahun 2009. Kalau dalam tahun 2009, nama kursus adalah KURSUS PRA PIC dengan modul Perubatan JAWI, Asas Kedua Diagnos Saraf Tapak Tangan, Produk (HTA, ROSELLE, TEH HERBA dan MALAC) diselangi dengan QUIZ antara modul; manakala dalam tahun 2010, kursus telah diberi nama KURSUS PRA HERBALIS atau ringkasnya KPH.

Tahun 2010 merupakan tahun di mana UHKPA cuba mengambil langkah mengembangkan usaha untuk MEMARTABATKAN PERUBATAN JAWI ke Zon Borneo tanpa melupakan untuk melaksanakan tanggungjawabnya memperkasakan pengedar-pengedar di Lembah Klang dan Perak dengan ilmu TIBBUN NABAWI.

Di bawah ini disenaraikan KPH yang telah dapat dilaksanakan oleh UHKPA:

15 MEI: HPA BANGI
03 JULAI : HPA RAWANG
07 OGOS : HPA AMPANG
25 SEPT : HPA SANDAKAN, SABAH
26 SEPT : HPA LAHAD DATU, SABAH
27 SEPT : PUSAT AGENSI DR. SYED, SEMPORNA. SABAH
14 NOV : HPA KEMUNTING. PERAK
28 NOV : DEWAN KULIAH PENTADBIRAN ZON BORNEO, KUCHING. SARAWAK. DAN
11 DIS : HPA SHAH ALAM

Syukur kepada ALLAH SWT yang tidak terhingga di atas pencapaian yang telah dikurniakan kepada kami UHKPA. Dengan kesatuan hati dan fikir disamping ukhwah yang tulus diantara pemimpin dan yang dipimpin; telah membuahkan kejayaan demi kejayaan demi untuk mendapatkan redza-NYA.

Kejayaan hanya akan berlaku bila ada kerjasama yang rapat di antara beberapa pihak yang terlibat yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Pelawaan pihak pengurusan HPAIC kepada UHKPA untuk membuka gerai DIAGNOS DAN PERAWATAN semasa perasmian bangunan tersebut pada 02 hb OKTOBER menandakan satu kepercayyan dan keyakinan mereka terhadap keupayaan UHKPA.





Begitu juga dalam usaha untuk menyatukan semua HERBALIS JAWI dalam program ALUMNI HERBALIS 2010, walaupun masa yang diberikan begitu singkat; namun dengan rahmat ALLAH SWT; KELAB HERBALIS JAWI telah dapat diwujudkan.






Sebagai penutupn tirai, saya tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MISI dan VISI HPA untuk menguasai pasaran global produk halal secara langsung atau tidak langsung, mudah-mudahan segala usaha yang telah dilakukan mendapat rahmat dari ALLAH SWT.



Monday, January 3, 2011

Smart Healing

Smart Healing

50- Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkata: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan."

Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Menurut perubatan barat, penyakit disebabkan oleh interaksi antara bahagian di dalam tubuh dan elemen luaran. Jadi, biasanya ia hanya dapat diubati menggunakan cara luaran juga. Misalnya ubat berasaskan kimia yang diberikan kepada pesakit yang berfungsi menghambat ruespon badan kepada gangguan keseimbangannya. Apabila ini dilakukan secara berterusan, tubuh kita kehilangan kemampuan semula jadinya bagi membetulkan gangguan keseimbangan.


Sent from iPad Hamba66 [Herbalis Ramly]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...